April 2012 - Terbaik.my

Bapa beri anak dadah sebelum rogol

Monday, 30 April 2012 | comments

Bapa beri anak dadah sebelum rogol
Bapa beri anak dadah sebelum rogol
MANILA: Selama beberapa bulan dua remaja perempuan dipercayai diberikan dadah oleh bapa mereka sebelum lelaki itu memperkosa mereka sambil dibantu ibu mereka.

Kesengsaraan dua beradik itu hanya berakhir selepas bapa mereka memperkosa mangsa ketiga - seorang rakan sekelas mangsa yang dapat melarikan diri dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Kisah mengenai nafsu serakah bapa remaja itu terdedah apabila dia ditahan Khamis lalu di Quezon City di sini.

Polis dari balai polis Novaliches, Superintendan Crisostomo Mendoza berkata, kedua-dua beradik itu yang berusia 14 dan 16 tahun dipaksa bapa mereka yang berusia 33 tahun supaya mengambil syabu sebelum memperkosa mereka. Isteri suspek yang berusia 35 tahun dikatakan turut membantu suspek melakukan jenayah itu dengan memegang tangan mangsa ketika mereka diperkosa. Mendoza berkata, suspek yang ditahan reman tanpa ikat jamin akan didakwa dengan tuduhan rogol, manakala isterinya yang masih bebas akan turut didakwa.

Menurutnya, suspek dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu. - Manila Times

Sumber : Hmetro

Remaja jadi habuan tiga lelaki

| comments

Remaja jadi habuan tiga lelaki, Remaja dirogol bergilir-gilir, remaja diperkosa,
Gambar sebagai hiasan
GOMBAK: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya apabila dia diperkosa lelaki itu, malah turut dijadikan habuan kepada dua lagi rakan suspek.

Difahamkan, remaja perempuan itu bukan saja diperkosa bergilir-gilir oleh tiga lelaki terbabit di sebuah pondok usang di sini, malah perlakuan keji mereka itu turut dipertontonkan kepada rakan lain.

Lebih keji lagi, sumber berkata, mangsa turut dipaksa melakukan perbuatan sumbang bersama beberapa rakan lelaki yang datang. Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu, mangsa pada mulanya diajak teman lelaki yang baru dikenalinya itu untuk keluar minum bersama di sebuah restoran di Sentul, dekat sini.

“Mangsa dijemput lelaki itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 9 malam Khamis lalu sebelum ke sebuah restoran dan diperkenalkan kepada beberapa rakan lain.

“Selesai minum, mangsa diajak ke rumah seorang rakan lelaki berkenaan yang terletak di lokasi berhampiran,” katanya.

Menurut sumber, selepas beberapa jam melepak lelaki terbabit memberitahu mahu menghantar mangsa pulang ke rumah sambil ditemani dua rakannya kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu.

“Dalam perjalanan pulang, mangsa dibawa ke dalam kawasan hutan menyebabkan dia berasa hairan. Apabila tiba di sebuah pondok usang dia dipaksa pula masuk ke dalam pondok berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, disebabkan keadaan yang gelap dan sunyi mangsa menuruti arahan ketiga-tiga lelaki itu sebelum dia dipaksa berbogel.

Mangsa dipercayai dirogol teman lelakinya sebelum memanggil dua lagi rakannya yang berada di luar pondok dan turut memperkosa mangsa bergilir-gilir.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek terbabit menghubungi rakan mereka yang lain untuk datang ke pondok berkenaan dan memaksa mangsa melakukan perbuatan keji itu.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga dan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini sebelum kes dirujuk ke IPD Gombak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : Hmetro

Budak berbuih dipatuk ular

| comments

Budak berbuih dipatuk ular, Mohd Amirul Azimi, Program Fiesta Pelancongan peringkat daerah Kerian di Dataran Pinggiran Sungai Kerian, Yahaya Abdullah,
Gambar sebagai hiasan
PARIT BUNTAR: Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang memiliki kepandaian bermain ular dikejarkan ke hospital selepas dipatuk haiwan berbisa itu ketika mengadakan persembahan sempena Program Fiesta Pelancongan peringkat daerah Kerian di Dataran Pinggiran Sungai Kerian di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku jam 11.30 pagi ke atas Mohd Amirul Azimi itu mengejutkan orang ramai menyaksikan pertunjukan berkenaan apabila melihat mangsa rebah dengan mulutnya berbuih dipatuk ular berkenaan.

Ketika itu, mangsa menunjukkan aksi bermain ular bersama bapanya, Yahaya Abdullah, 60, pada majlis perasmian program sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.

Ular itu mematuk pipi kanan Mohd Amirul sehingga mengeluarkan darah sebelum mulutnya berbuih dan jatuh tertiarap. Mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar (HPB) untuk mendapatkan rawatan.

Yahaya yang tinggal di Perumahan TPMS Bukit Merah, di sini, berkata, kejadian seperti itu pernah berlaku ke atas anaknya, tetapi dia tidak bimbang kerana yakin anaknya selamat.

“Bagaimanapun, kejadian seperti itu sudah menjadi perkara biasa dalam persembahan seperti ini. Saya bersyukur kerana anak lelaki saya selamat.

“Saya ada cara merawat jika berlaku kejadian seperti ini selain mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Menurut beliau, pertunjukan itu mempamerkan kemahiran permainan ular dengan pelbagai gaya. Katanya, spesies ular dibawa untuk pertunjukan itu ialah ular tiong, rusuk kerbun, gelia, king kobra dan koca kobra.

Yahaya berpengalaman lebih 20 tahun bermain ular termasuk membuat pertunjukan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak berkata, walaupun selepas kejadian itu dia yakin anak lelakinya pasti bersemangat semula menunjukkan kepandaian bermain ular diwarisi daripadanya.

“Anak saya itu baru beberapa tahun bersama menjayakan persembahan, dia sudah mampu menunjukkan kemahiran permainan ular. Anak bongsu daripada lima beradik itu mempunyai minat mendalam dan berbakat dalam bermain ular,” katanya.

Sumber : Hmetro

Wanita 50 tahun upah samseng belasah bos

| comments

KUALA LUMPUR: Marah diberhentikan kerja, seorang wanita berusia 50 tahun sanggup mengupah sekumpulan enam samseng untuk memukul bekas majikannya di kawasan sebuah pusat hiburan di Kompleks Wilayah, di sini, Jumaat lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat hiburan berusia 49 tahun itu dilaporkan menerima lebih tiga jahitan di kepala selain cedera di seluruh badan akibat dibelasah kumpulan terbabit yang menggunakan senjata dipercayai buku lima.

Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila mangsa yang sedang bekerja di pusat hiburan berkenaan didatangi dua lelaki yang mendakwa mahu berbincang dengannya.

Menurut sumber, dua lelaki berusia 30-an itu memarahi mangsa dan mempersoalkan tindakannya memberhentikan suspek.

“Belumpun sempat mangsa membuat penerangan, empat lagi lelaki yang juga ahli kumpulan terbabit menghampirinya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudiannya dipukul kumpulan berkenaan lebih 10 minit sebelum dia diheret keluar dari premis berkenaan.

“Mangsa terus disepak terajang, ditumbuk enam suspek sebelum wanita berkenaan yang menunggu mangsa di luar premis itu menunjukkan diri.

“Wanita terbabit memaki hamun mangsa sebelum mendakwa dia yang mengupah kumpulan berkenaan untuk memukulnya kerana mengatakan dia diberhentikan kerja tanpa sebab munasabah,” katanya.

Katanya, sebelum wanita dan enam samseng terbabit meninggalkan kawasan itu, mereka mendakwa akan mencari dan mencederakannya jika membuat laporan polis.

“Mangsa kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di hadapan premis berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), oleh beberapa rakan sekerjanya di pusat hiburan berkenaan.

Difahamkan, mangsa dibenarkan keluar dari hospital berkenaan kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sumber : Hmetro

Penjelasan polis didakwa langgar peserta pengsan selepas diserang

| comments

Penjelasan polis didakwa langgar peserta pengsan selepas diserang
Najib melawat Kamil yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat diserang penyokong Bersih 3.0
KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis, Konstabel Mohamed Kamil Paimin, 24, yang didakwa melanggar orang ramai semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin, tampil memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Menurut Kamil, dia berada dalam keadaan separa sedar dan hilang kawalan ke atas kereta Proton Waja yang dipandunya selepas mengalami pendarahan di kepala akibat dibaling objek keras.

Rakaman video menunjukkan kereta itu kemudian terbabas ke kaki lima tetapi tidak dapat dipastikan sama ada orang ramai yang berada di kawasan itu cedera dalam kemalangan tersebut kerana tiada laporan dibuat setakat ini.

Dakwaan sesetengah pihak bahawa kereta itu diterbalikkan penyokong Bersih untuk mencederakan Kamil juga tidak dapat dipastikan kerana ada sumber mengatakan kenderaan itu disengetkan bagi mencari sama ada terdapat mangsa tersepit di bawah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Kamil berkata, dia diarah membawa kereta tersebut untuk mengambil anggota polis lain, apabila diserang di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

“Ketika saya mula masuk ke dalam kelompok penyokong itu, keadaan masih terkawal, tetapi mereka tiba-tiba menyerang.

“Mereka membaling batu, botol, kon polis dan objek lain ke arah tingkap kereta, dan satu benda keras terkena kepala saya.

“Saya tak sempat minta bantuan rakan dan terus pengsan. Saya tak ingat apa yang berlaku selepas itu,” katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Kamil, yang baru dua tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, juga bersyukur selepas mengetahui jurugambar stesen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, membantunya ketika diserang.

Namun, Azri juga cedera di kepala kerana dipukul sekumpulan kecil individu dipercayai peserta perhimpunan semasa cuba membantu Kamil dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu.

“Saya suruh mereka berhenti serang saya tetapi rayuan itu tidak diendahkan. Nasib saya baik kerana orang lain di kawasan itu membantu saya, dan kamera saya juga selamat,” katanya yang turut menerima rawatan di HKL.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam turut melawat Kamil, Azri serta anggota trafik, Mohd Nasir Abu dan wartawan The Sun Mohd Radzi Abdul Razak yang turut cedera ketika perhimpunan kelmarin.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dalam pertemuan tersebut, Mohd Radzi, 28, berkata Perdana Menteri berjanji kepadanya akan membantu menyiasat dan mencari mereka yang didakwa bertanggungjawab memukulnya sehingga mengalami kecederaan parah di kepala.

Mohd Radzi berkata, beliau dan rakannya dipukul teruk semasa mereka menjalankan tugas dekat Kompleks Mara, Jalan Raja Laut, semasa perhimpunan itu.

Sumber : Sinar Harian

Pembunuh ibu, anak bakal didakwa hari ini

Sunday, 29 April 2012 | comments

Pembunuh ibu, anak bakal didakwa hari ini, Bryan Clay, Ignacia Martinez, Karla Martinez, Arturo Martinez,
Gambar sebagai hiasan
LAS VEGAS: Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam serangan ganas menyebabkan seorang wanita dan anak perempuannya mati, manakala suami mangsa kritikal.

Menurut polis, Bryan Clay, 22, ditangkap atas kesalahan mendera kanak-kanak dan dijangka didakwa secara rasmi atas tuduhan membunuh hari ini.

Clay dituduh membunuh Ignacia Martinez, 38, dan anaknya, Karla Martinez, 10.

Pembunuhan itu diketahui polis pada 16 April lalu apabila anak lelaki Ignacia yang berusia sembilan tahun bercerita mengenai kematian ibunya di sekolah.

Suami Ignacia, Arturo Martinez, 39, masih dirawat di hospital sehingga kini.

Polis percaya, Clay turut terbabit dalam serangan seksual ke atas seorang wanita berusia 50 tahun pada 15 April lalu. - AP

Sumber : Hmetro

Perhimpunan kecoh, kereta rosak polis ke wad

| comments

KUALA LUMPUR: Dua kereta peronda polis diterbalikkan dan dirosakkan sekumpulan peserta Perhimpunan Bersih 3.0 di depan pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama, di sini, manakala enam anggota trafik di dalamnya turut cedera dipukul penyokong berkenaan, petang semalam.

Sepucuk pistol milik anggota trafik dilaporkan hilang dipercayai dilarikan kumpulan peserta terbabit sebaik kejadian berlaku. Difahamkan, pistol berkenaan ditemui semula.
GANAS... kereta polis diterbalikkan peserta perhimpunan di depan Sogo, semalam
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam twitternya memaklumkan, pistol anggota yang hilang itu ditemui dan dua anggota polis dimasukkan ke wad.

Saksi kejadian, Mohd Azri Salleh@Khalid, 28, yang juga kakitangan TV al-Hijrah berkata, ketika kejadian jam 4.15 petang, dia mahu merakam gambar sebuah kenderaan polis sebaik dimaklumkan kenderaan itu merempuh dua peserta sebelum cermin kenderaan itu dibaling batu di depan Sogo.

“Saya terus berlari ke arah kenderaan itu dan sebaik tiba, ramai peserta mengerumuninya dan saya cuba membantu mengeluarkan anggota terbabit, tetapi ditumbuk di muka. Anggota polis yang cuba keluar dari kenderaan itu pula dipukul dan ditendang.

“Sebuah lagi kenderaan pegawai penyiasat turut dirosakkan di depan Kompleks Pertama. Semua anggota yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.
LAWAN... antara gelagat peserta perhimpunan
Sebelum itu, perhimpunan yang sepatutnya berlangsung secara aman berakhir dengan kekecohan apabila segelintir peserta merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, jam 3 petang, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menembak gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Dianggarkan puluhan ribu penyokong membanjiri ibu kota sekali pun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis mengeluarkan arahan supaya tiada perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka selepas mendapat perintah mahkamah.

Mereka mula membanjiri jalan utama di sekitar Dataran Merdeka hingga menyebabkan kesesakan teruk. Beberapa premis perniagaan turut ditutup kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Sikap degil peserta yang enggan bersurai selepas diarah berbuat demikian memaksa FRU melepaskan beberapa gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka. Meriam air turut digunakan untuk menyuraikan peserta.

Selain, itu, kesesakan jalan yang teruk dilaporkan berlaku di pinggir pusat bandar apabila polis terpaksa menutup 58 jalan serta susur laluan berikutan perhimpunan berkenaan.

Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook pasukan itu menjelaskan, laluan itu ditutup secara berperingkat-peringkat sejak 6 pagi dan akan dimaklumkan pembukaannya kemudian.

Berikutan perhimpunan itu, beberapa batang jalan pula akan dilencongkan.

Setakat jam 5.30 petang ini, seramai lebih 30 peserta ditahan selepas ingkar arahan polis supaya bersurai.

Sumber : Hmetro

Lahar punca lurah terbentuk di Marikh

Saturday, 28 April 2012 | comments

Planet Marikh
WASHINGTON - Aliran lahar telah menyebabkan lurah-lurah terbentuk di planet Marikh, kata beberapa saintis Amerika Syarikat menerusi jurnal Science kelmarin.

Menurut jurnal itu, lahar tersebut meninggalkan kesan lingkaran seperti yang dapat dilihat di beberapa bahagian di Bumi termasuk di Pulau Besar, Hawaii.

Teori bahawa lahar mencorakkan landskap Marikh dibuat berdasarkan analisis di kawasan Athabasca Valles di tengah planet berkenaan.

Ketua penulis artikel itu, Andrew Ryan dari Universiti Negeri Arizona membuat kesimpulan tersebut berdasarkan analisis yang dilakukan ke atas lebih 100 imej Athabasca Valles beresolusi tinggi.

Imej itu dirakamkan sebuah satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Beliau berkata, lebar lingkaran yang dilihat di kawasan bergunung berapi, Elysium di Marikh adalah antara lima hingga 30 meter dan tidak mungkin lurah berkenaan terhasil oleh ais atau proses berkaitan dengan air.

"Ia lebih besar daripada lingkaran lurah lahar yang terdapat di Bumi.

"Lingkaran itu hanya dapat dikesan dengan menggunakan imej beresolusi tinggi yang dirakamkan satelit NASA," kata Ryan.

Setakat ini, Ryan dan seorang saintis lain, Philip Christensen telah menemui lebih 200 lingkaran lahar di Marikh dan mereka percaya terdapat banyak lagi lingkaran di planet tersebut. - AFP

Sumber : Kosmo

KFC diarah bayar RM25.26j kepada gadis lumpuh

| comments

GAMBAR menunjukkan sebuah restoran Kentucky Fried Chicken di pinggir Sydney semalam
SYDNEY, Australia - Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar.

Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun.

Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.

KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu.

Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya.

Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.

Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.

"Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka," kata Vlahakis. - Reuters

Sumber : Kosmo

Galloway, tokoh politik Britain peluk Islam?

| comments

Galloway, tokoh politik Britain peluk Islam?
George Galloway
LONDON: Tokoh politik Britain, George Galloway dilapor memeluk Islam dalam satu majlis sulit lebih 10 tahuin lalu.

Aktivis sosial, Jemima Khan berkata, anggota Parlimen berkenaan mengucapkan syahadah di majlis yang dihadiri anggota Persatuan Islam Great Britain.

Jemima yang memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bekas pemain kriket Pakistan, Imran Khan, dalam artikel yang disiarkan dalam majalah New Statesman, mendakwa dia mengenali seseorang yang turut hadir di majlis yang diadakan di barat laut London itu.

Bagaimanapun, Galloway, anggota Parlimen untuk Bradford West, menafikan adanya majlis itu. Namun, lelaki berusia 57 tahun itu yang sudah empat kali berkahwin, tidak menafikan dia Islam.

Galloway, dalam media, sentiasa dikatakan beragama Katolik.

Sebelum kemenangan mengejutnya dalam pilihan raya kecil bulan lalu, tersebar surat di kalangan pengundi yang menyatakan sokongannya terhadap Palestin, usahanya untuk membebaskan Kashmir dan kenyataan dia tidak minum arak.

“Tuhan tahu siapa Islam.

Dan Tuhan juga tahu siapa bukan Islam.

Anda juga begitu,” antara kenyataan yang terkandung dalam surat itu. Galloway menafikan bertanggungjawab menulis dan menyebarkan surat berkenaan.

Jemima yang kini sudah berpisah daripada Imran, mewawancara Galloway di Bradford West yang mempunyai sejumlah besar masyarakat Islam, memulakan artikelnya dengan berkata: ‘George Galloway, Ahli Parlimen Bradford West, ialah Muslim.

“Dia memeluk Islam lebih 10 tahun lalu di satu majlis di sebuah hotel di Kilburn, dihadiri oleh anggota Persatuan Islam Great Britain.

“Mereka yang rapat dengannya tahu hal ini.

Yang lain, termasuk masyarakat Islam di kawasan pilihan rayanya, tidak tahu.” Jemima memberitahu Galloway, dia kenal seseorang yang hadir di majlis berkenaan.

Dia bertanya kepada Galloway ketika wawancara itu: “Jadi, anda sudah memeluk Islam?” Menurut artikel berkenaan, Galloway menjawab: “Saya tidak boleh menjawab soalan itu.

Tuhan tahu siapa yang Islam.” Wawancara itu berterusan sambil Jemima dan Galloway menikmati makanan halal. - DM

Sumber : Hmetro

Beruang liar ditembak jatuh dari pokok

| comments

BERUANG seberat 91 kilogram itu jatuh dari pokok selepas ditembak dengan ubat pelali
COLARADO: Seekor beruang hitam besar yang memanjat pokok di Universiti Colorado-Boulder, terselamat selepas pegawai Jabatan Hidupan Liar berjaya menyelamatkannya daripada keadaan yang merumitkan.

Beruang jantan seberat 91 kilogram itu dilihat berkeliaran di kawasan dewan penduduk sebelum memanjat pokok itu.

Pegawai melepaskan tembakan ubat pelali ketika haiwan itu bergayut pada dahan dan tidak berapa lama, ia jatuh. Beruang berkenaan sebelum ini menghabiskan masa berkeliaran di kampus itu, kata pelajar dan memanjat pokok setinggi 4.5 meter itu berhampiran asrama universiti.

Pegawai Hidupan Liar melepaskan dua tembakan ubat pelali pada beruang itu. Jurucakap Jabatan Polis universiti, Ryan Huff memberitahu akhbar Denver Post, mereka memilih untuk menenangkan beruang itu kerana kedekatannya dengan pelajar dan kemungkinan ia mencetuskan bahaya.

“Beruang itu hanya berehat di atas pokok selama kira-kira dua jam,” kata Huff.

Sebagai persiapan menyambut haiwan berkenaan jatuh, pegawai menyediakan tilam besar di bawah pokok.

Gambar dan video merakam beruang itu jatuh ke atas tilam berkenaan dengan keadaan kakinya terlentang.

Haiwan itu kemudian dibenar berehat selama beberapa minit di atas tilam dalam keadaan bingung sebelum dipindahkan ke sebuah kandang besar.

Ada pelajar yang bertindak berani mengusap kaki beruang berkenaan menerusi celah kandang.

Jurucakap Jabatan Hutan dan Hidupan Liar Colorado, Jennifer Churchill, memberitahu wartawan, pihaknya melepaskan beruang itu selepas ia ditanda, di kawasan pergunungan di barat Boulder.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan bagi beruang hitam keluar dari hibernasi mereka ketika ini dan merayau untuk mencari makanan. - DM

Sumber : Hmetro

Keluarga 69, cintai bapa mentua, kahwin anak

| comments

Keluarga 69, cintai bapa mentua, kahwin anak, zura, Azmir,
Kelu lihat isteri curang
ALOR SETAR: “Saya melihat sendiri isteri saya dan ayah berpelukan masuk ke dalam sebuah kondominium. Ketika itu, lidah saya kelu dan tidak dapat digambarkan remuknya perasaan saya.

“Tak sangka ayah melakukan perkara terkutuk dengan menjalinkan hubungan dengan isteri saya,” keluh seorang lelaki selepas membongkar perlakuan jijik dua individu yang amat disayanginya.

Suami itu yang mahu dikenali sebagai Azmir, 30, berkata, amat sukar untuk dia menerima kenyataan pahit itu, namun itu hakikatnya biarpun tidak pernah terlintas di fikirannya perkara sedemikian boleh berlaku.

“Perkara ini sudah terbukti benar. Bukan saja saya melihat sendiri kecurangan mereka berdua, malah isteri saya juga turut membuat pengakuan,” katanya.

Azmir berkata, dia tidak menyangka isterinya yang dinamakannya sebagai Zura, 25, dan bersikap lemah-lembut itu curang, malah melakukan perbuatan keji bersama ayahnya sendiri yang berusia 50-an.

Mengakui cintai bapa mentua
KUALA LUMPUR: “Saya akui, memang saya ada hubungan sulit dengan ayah mentua,” kata Zura, 25, isteri Azmir, 30, ketika ditemui Harian Metro, di sini, sebelum memberi penjelasan bagaimana hubungan ‘Keluarga 69’ itu boleh berlaku.

Menurutnya, dia mengenali ayah mentuanya sejak menuntut di universiti pada 2009, malah mereka pernah terlanjur lebih 10 kali, biarpun dia tahu lelaki itu sudah berkeluarga.

Malah, kata Zura, hasil perhubungan intim itu, sepanjang pengajiannya di universiti, semua perbelanjaan termasuk kos sara diri ditanggung lelaki terbabit mengakibatkan dia berasa terhutang budi.

“Pada mulanya, hubungan kami sekadar sebagai seorang anak dan ayah, namun semuanya berubah apabila bibit cinta mula berputik.

“Saya bukan berasal daripada keluarga senang. Ibu bapa saya menanggung adik-adik lain yang masih bersekolah, jadi perbelanjaan di universiti agak terhad. Pernah satu ketika saya terlintas untuk menamatkan pengajian akibat tekanan kewangan yang sangat hebat,” katanya.

Zura berkata, tanpa dirancang dia berkenalan dengan Azmir yang mempunyai keperibadian lelaki diidamkan tanpa mengetahui lelaki itu anak ‘kekasih gelap’nya.

“Pada mulanya saya mahu memutuskan hubungan dengan Azmir, namun ayahnya yang juga kekasih gelap saya membantah. Katanya, biar hubungan saya dengannya terus menjadi rahsia berikutan dia sudah berkeluarga.

“Malah, ketika itu, ayah mentua saya secara tidak langsung menggalakkan saya berkahwin dengan anaknya kerana dengan cara itu kami berdua dapat lebih sering bertemu,” katanya.

Sumber : Hmetro

Warga emas diserang 30 monyet

| comments

Warga emas diserang 30 monyet, Zaiton Comel, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru,
Gambar sebagai hiasan
ALOR GAJAH: “Saya hanya terbayangkan kematian selepas dikerumuni lebih 30 monyet yang menyerang dan menggigit ketika saya jatuh di atas tanah,” kata warga emas yang diserang haiwan itu ketika berusaha menyelamatkan cucunya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Zaiton Comel, 83, dikatakan pengsan beberapa minit selepas dikerumuni kumpulan monyet berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian, warga emas itu menerima dua jahitan di mata kiri, tiga jahitan di atas bibir serta sembilan jahitan di bahagian bawah dagunya yang terkoyak sepanjang enam sentimeter selain terdapat beberapa kesan lebam dan calar di bahagian badan.

Menceritakan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Zaiton berkata, dia yang duduk di pangkin rumahnya tidak jauh dari kediaman seorang anaknya terdengar tangisan cucunya (Umi Amira Syikin Azman, 5) yang ketakutan selepas melihat kumpulan monyet cuba menceroboh masuk ke rumahnya.

“Mulanya saya sangka cucu menangis kerana kehabisan susu kerana ibu dan bapanya tiada di rumah, manakala abangnya pula bersekolah. Bagaimanapun dari jauh saya nampak beberapa monyet sedang berkeliaran di halaman dan ada yang cuba membuka tingkap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sumber : Hmetro

Suami hutang along ugut jual anak

| comments

Suami hutang along ugut jual anak
Gambar sebagai hiasan
KUALA LUMPUR: Bukan saja disepak terajang, seorang wanita berusia 25 tahun turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Cheras, di sini, Ahad lalu.

Lebih membimbangkan apabila suami mangsa berusia lewat 20-an itu turut mendakwa mahu menculik dan menjual dua anak mereka bagi melunaskan bayaran pinjamannya kepada along.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suami mangsa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel isterinya yang dirakam ketika bersama jika mangsa tidak memberinya wang.

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, suami mangsa yang berada dalam keadaan marah meminta wang daripada mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak mempunyai wang menyebabkannya ditumbuk dan diterajang.

“Biarpun dirayu, suami mangsa memukul dan memaksanya menyerahkan wang,” katanya.

Menurut sumber, mangsa yang bertegas tidak mempunyai wang menyebabkan suaminya mengugutnya.

“Lelaki terbabit mendakwa mahu membunuh mangsa, malah akan menjual dua anak mereka bagi melunaskan pinjaman along,” katanya.

Katanya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suaminya sekali lagi mendakwa mahu menyebarkan rakaman video dan gambar bogel mangsa ketika mandi dan bersama dengannya.

“Tersentak dengan ugutan berkenaan, mangsa merayu suaminya itu sebelum diberi tempoh seminggu untuk menyediakan wang.

“Suami mangsa meninggalkan rumah sebelum mangsa menghubungi keluarganya untuk dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber : Hmetro

Pelajar tolak budaya lesbian, gay, biseksual, transeksual(LBGT) dan seks bebas

| comments

Pelajar tolak budaya lesbian, gay, biseksual, transeksual dan seks bebas, LBGT,
Gambar sebagai hiasan
KUALA LUMPUR: “Budaya hidup lesbian, gay, bioseksual, transeksual (LGBT) dan seks bebas jika tidak dibendung bukan saja merosakkan institusi keluarga tetapi ia menjatuhkan maruah agama dan nilai bangsa.

“Saya kesal dengan lambakan golongan terbabit dan kecewa apabila mereka ini tidak malu memperjuangkan gaya hidup songsang yang ternyata salah di sisi syarak,” kata Nor Farihah Adnan, 20, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Universiti Malaya (UM).

Nor Farihah ketika ditemui pada Program Jelajah Aman Kampus anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Auditorium Fakulti Pendidikan UM, semalam menyatakan kekesalan terhadap kewujudan kumpulan LGBT selepas menyifatkan masalah itu memporak-perandakan masyarakat dan negara.

Selain Nor Farihah, 50 pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Limkokwing dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang menyertai program itu sama menyatakan kebencian mereka terhadap isu LGBT sambil melaungkan ‘Mahasiswa Taknak LGBT dan seks bebas’.

Dalam majlis itu, Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye hadir merasmikan program dan menyifatkan pembangunan ekonomi, sains dan teknologi dikecapi negara tidak membawa sebarang makna sekiranya pembangunan sosial dipinggirkan.

“Sebagai pelajar, saya melihat isu LGBT sangat membimbangkan dan dikhuatiri jika masalah itu tidak dibendung di peringkat akar umbi, ia mempengaruhi kanak-kanak dan pelajar sekolah,” katanya.

Pelajar UTM, Muhammad Faezee Zulkiflee, 19, menyarankan pihak berkuasa tempatan mengenakan tindakan keras terhadap kumpulan LGBT termasuk hukuman penjara sebelum dibentuk semula akhlak mereka.

“Perkara mengecewakan adalah mereka ini seakan-akan mencabar polis memansuhkan Seksyen 377 bertujuan menghalalkan seks songsang,” katanya. Presiden JMM, Azwandin Hamzah berkata, kajian dilakukan tahun lalu mendapati 18 kes perceraian disebabkan suami menjalinkan hubungan sulit dengan pasangan lelakinya.

“Selain itu, 28 kes yang dilaporkan juga mendapati 28 kes membabitkan hubungan songsang antara pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru. “Punca masalah ini disebabkan remaja terbabit dibawa menyertai parti tertutup sebelum mereka terperangkap menjalinkan hubungan songsang,” katanya.

Sumber : Hmetro

Warga emas tembak pencuri

| comments

RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati
KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat lelaki yang cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields, di sini, bukan saja gagal, tetapi bernasib malang apabila seorang rakan mereka mati ditembak penghuni rumah berkenaan yang berusia 60 tahun, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku jam 2.30 pagi apabila suspek memecah masuk rumah mangsa sebelum disedari mangsa yang juga ahli perniagaan yang memiliki lesen senjata api apabila terdengar bunyi bising.

“Mangsa memeriksa bunyi bising itu dan sebaik terserempak kumpulan penyamun yang bertopeng terbabit, dia melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai seorang daripada suspek.

“Bagaimanapun, tiga lagi suspek yang terperanjat dengan tindakan itu melarikan diri dan polis kini giat memburu mereka,” katanya.

Katanya, penjenayah yang ditembak mati itu dikenali sebagai Adhitia, 37, yang berasal dari Jakarta, Indonesia, berdasarkan pasport yang ditemui bersama lelaki terbabit.

“Siasatan awal berdasarkan keterangan mangsa, kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk rumah menggunakan pemutar skru dan bersenjatakan celoret untuk menyamun mangsa.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata dan polis giat memburu ketiga-tiga suspek yang melarikan diri,” katanya.

1. RAMPAS...barang milik penjenayah yang ditembak mati seorang warga emas ketika rumahnya cuba disamun.

2. MAUT...penjenayah warga Indonesia yang maut ditembak ketika cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields di sini pagi, semalam.

Sumber : Hmetro

Parah dicantas gadis, libas kemaluan penyamun

Friday, 27 April 2012 | comments

Parah dicantas gadis, libas kemaluan penyamun,
KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.

Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.

“Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit,” katanya, semalam.

Sumber : Hmetro

Geram janda kahwin lain, culik bekas isteri dan suami

| comments

Geram janda kahwin lain, culik bekas isteri dan suami,
PETALING JAYA: Jika tidak kerana kereta penculik rosak di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, di sini, sepasang suami isteri warga Indonesia mungkin menemui ajal apabila diculik dua lelaki menyamar polis di rumah mereka di Sungai Chua, Kajang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan suami isteri warga Indonesia berusia 30-an itu ditemui anggota polis membuat rondaan dalam keadaan tangan diikat manakala tubuh mereka cedera dalam kereta yang ditinggalkan di depan sebuah kondominium di Kampung Sungai Kayu Ara.

Menurut sumber, sebelum itu dua lelaki datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam dan menyamar sebagai polis sebelum menggari suami isteri itu kerana mereka kononnya akan dibawa ke balai berikutan melakukan kesalahan.

“Mangsa tidak membantah dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta. Bagaimanapun, pasangan itu tidak dibawa ke balai polis, tetapi dibawa ke arah Damansara.

“Sejurus tiba di satu kawasan berhampiran masjid Kampung Sungai Kayu Ara, dua suspek terbabit menyerahkan kedua-dua mangsa kepada tiga lelaki lain dan seorang daripada mereka bekas suami mangsa wanita.

“Pasangan suami isteri itu dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta lain dan gari pada tangan mereka dibuka sebelum diikat pula dengan tali. Selepas itu, mangsa wanita dibelasah manakala mangsa lelaki dicekik sehingga pengsan,” katanya.

Sumber : Hmetro

Gadis mati tergantung

| comments

Gadis mati tergantung, bunuh diri, gantung diri,
Gambar sebagai hiasan
IPOH: Tindakan seorang gadis mengurung diri di dalam biliknya sejurus pulang dari sekolah, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati tergantung di rumah keluarganya di sini petang kelmarin.

Lebih memburukkan keadaan, ibu mangsa yang menyedari kejadian itu diserang histeria sebelum nekad cuba membunuh diri dengan mengelar tangan kirinya dengan pisau kerana terlalu sedih dengan kematian anak gadisnya.

Ibu mangsa yang mengalami pendarahan teruk di tangan kirinya terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan kini stabil.

Dalam kejadian jam 6 petang di Taman Pertama itu, remaja berkenaan dikenali sebagai P Piriyah, 14, maut selepas menggantung dirinya menggunakan sehelai selimut yang diikat pada kipas di biliknya.

Difahamkan, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ipoh di sini, itu tidak memaklumkan kepada ahli keluarga selepas pulang dari sekolah sebelum mengunci dirinya dalam bilik itu.

Seorang anggota keluarga mangsa dikenali sebagai Logan berkata, dia tidak menyangka Piriyah bertindak sedemikian memandangkan dia pintar di sekolah selain aktif dalam pelbagai kegiatan sukan dan persatuan. “Sepanjang pengetahuan saya, keluarga mangsa tidak pernah berdepan sebarang masalah dan perselisihan faham. Malah, Piriyah sangat rapat dengan abang dan kedua-dua ibu bapanya.

“Mangsa juga tidak pernah memaklumkan sebarang masalah kepada ahli keluarganya sebelum kejadian itu. Malah, mangsa juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HRPB di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika di hubungi semalam berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah dan tidak membabitkan masalah keluarga. Bagaimanapun, kami meneruskan siasatan berhubung kejadian,” katanya

Sumber : Hmetro

Murid trauma didenda makan cili

| comments

Murid trauma didenda makan cili
Gambar sebagai hiasan
TAIPING: “Saya kesal dengan tindakan guru berkenaan yang mendenda anak murid mereka dengan memakan cili,” keluh Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, ibu kepada Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, murid sekolah agama di sini yang dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping akibat Acute Gastritis (gastrik) serta trauma terhadap makanan bercili.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan didenda gurunya selepas mengoyakkan buku sebagai tanda membantah kerana dihalang menghubungi ibunya.

Lebih teruk, kanak-kanak itu mendakwa dia didenda makan cili padi oleh gurunya itu tanpa diberikan setitik air.

Siti Erna ketika dihubungi di sini semalam berkata, guru atau pihak sekolah berkenaan seharusnya mempertimbangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada murid yang menuntut di sekolah berkenaan. Beliau berkata, lebih dikesalkan apabila pihak sekolah langsung tidak memaklumkan mengenai keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan anak lelaki saya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan sakit. “Mujur saya dimaklumkan salah seorang bapa murid sekolah berkenaan yang kebetulan melihat Ainul Aiman terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, anaknya enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan bimbang perkara itu berulang.

“Hukuman demikian tidak sesuai bagi kanak-kanak.Guru berkenaan yang datang melawat ke hospital juga mengaku memberikan cili padi kepada anak saya dan memaklumkan ia hukuman biasa di sekolah itu,” katanya.

Sumber : Hmetro

Helah warga asing tumpang tidur, mangsa rugi RM8,000

| comments

ALOR GAJAH: Niat murni seorang warga emas membantu warga asing menumpang tidur di rumahnya dibalas tuba apabila lelaki itu lesap bersama wang tunai mangsa berjumlah RM8,000 dalam kejadian di Kuala Sungai Baru, di sini.

Mangsa, Abd Rashid Jamal, 67, berkata, dia mengenali lelaki berusia 50-an itu pada Februari lalu melalui seorang rakannya.
“Saya mengenali lelaki itu yang mendakwa dirinya bomoh ketika menghadiri satu majlis kenduri di sebuah kampung. Dia meminta kebenaran menumpang tidur di rumah saya satu atau dua malam dan saya membenarkannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang lelaki itu menginap di rumahnya, dia berasa pelik dengan kelakuan tetamunya itu.

“Pada malam pertama, saya terhidu bau kemenyan, namun tidak mengesyaki sesuatu. Seminggu selepas itu, saya terhidu lagi bau kemenyan dan mengintip perlakuannya.

“Saya melihat dia menjampi sesuatu dengan hanya berkain pelikat dan badannya dipenuhi tatu. Malah, dia turut menghiris jari manisnya hingga luka dan darah dititiskan di atas bara itu,” katanya.

Sumber : Hmetro

Sesi pagi sekolah gempar, pelajar perempuan diserang histeria

| comments

Sesi pagi sekolah gempar, pelajar perempuan diserang histeria,
Gambar sebagai hiasan
SHAH ALAM: Penuntut sesi pagi sebuah sekolah menengah di sini, gempar apabila empat pelajar perempuan diserang histeria dalam surau sekolah berkenaan, semalam.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan keadaan menjadi cemas sebelum pelajar terbabit ditenangkan guru.
Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, kejadian histeria tidak pernah berlaku di sekolah berkenaan sebelum ini, namun beberapa minggu kebelakangan ini, berlaku beberapa kejadian histeria.

Dia yang sudah beberapa tahun bekerja di sekolah berkenaan tidak pernah berdepan dengan peristiwa itu dan bingung kejadian histeria sering berlaku tanpa diketahui puncanya.

“Sepanjang saya bertugas, kejadian histeria tak pernah berlaku. Tetapi saya bingung kerana kebelakangan ini berlaku beberapa kejadian histeria dan pelajar perempuan menjadi mangsa.

“Pelajar menjerit seperti dirasuk makhluk halus dan hanya kembali tenang beberapa minit kemudian selepas ditenangkan guru termasuk mereka yang mahir ilmu agama,” katanya sewaktu ditemui semalam.

Sumber : Hmetro

Lelaki intai jiran mandi

| comments

Lelaki intai jiran mandi, intai, skodeng,
Gambar sebagai hiasan
AMPANG: Seorang lelaki miang sanggup menceroboh masuk rumah jiran wanita bujangnya di Pandan Indah, di sini semata-mata untuk mengintai jiran wanita terbabit mandi, kelmarin.

Bagaimanapun, sumber berkata, tindakan lelaki terbabit disedari wanita berusia 28 tahun itu yang berasa tidak sedap hati sebaik melihat bayangan hitam dari pintu bilik air rumahnya.

“Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dipercayai masuk ke bilik air untuk mandi sebelum ke tempat kerjanya. “Namun, ketika mandi, mangsa berasa tidak sedap hati selepas melihat ada satu bayangan hitam di luar pintu bilik airnya. Mangsa kemudian membuka pintu dan terkejut melihat seorang lelaki sedang mencangkung di depan bilik airnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang juga jiran mangsa kemudian bertindak melarikan diri.

Katanya, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Pandan Indah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber : Hmetro

Bagi duit atau aku bakar

| comments

Bagi duit atau aku bakar, Zulkifli Bidin, Kampung Chengkau,
Gambar sebagai hiasan
REMBAU: Satu keluarga termasuk seorang wanita hamil menempuh detik mencemaskan apabila kereta milik mereka dibakar lelaki tidak dikenali di Kampung Chengkau di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa, Zulkifli Bidin, 42, dikatakan tidur bersama isterinya, Nor Hadieza Ngah Jais, 21, dan tiga anak mereka masing-masing berusia lima hingga sembilan tahun.

Menceritakan kejadian itu, Zulkifli yang juga peniaga telur ayam, berkata isterinya dikejutkan dengan bunyi deruan motosikal serta tapak kaki manusia di depan rumah mereka.

“Curiga dengan keadaan itu, isteri yang hamil lapan bulan mengejutkan saya untuk meninjau keadaan. Saya bangun dan terkejut melihat kelibat seorang lelaki memakai topi keledar di laman rumah.

“Lelaki itu yang mungkin menyedari dirinya sedang diperhatikan seterusnya menjerit meminta saya menyerahkan duit dan mengugut membakar kereta sekiranya enggan menuruti permintaannya,” katanya. Menurut beliau, bimbang lelaki itu bertindak di luar jangkaan, dia segera masuk semula ke dalam bilik sambil memanggil isteri dan anak supaya berwaspada.

“Tidak lama kemudian, saya menjenguk semula ke tingkap dan mendapati Perodua Kancil yang digunakan selama empat tahun lalu terbakar manakala lelaki terbabit menghilangkan diri.

Sumber : Hmetro

Geng Susu Kangkang didakwa

| comments

Geng Susu Kangkang didakwa
Gambar sebagai hiasan
KANGAR: Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan yang terbabit dalam kegiatan Geng Susu Kangkang bersama sepasang suami isteri, akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencuri susu formula dalam dua kejadian berasingan, awal bulan lalu.

Ketiga-tiga mereka iaitu Aminah Abdillah, 24, nelayan, Berman Cruz, 54, dan isterinya, Eda Absarul, 34, mengaku tidak bersalah apabila dituduh secara bersama di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Mereka didakwa mencuri tiga tin susu formula bersama tiga kotak bahan sama di kedai Agrobazar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Taman Sena Indah, di sini, pada jam 4.30 petang, 5 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga tertuduh didakwa mencuri empat kotak susu berjenama premium dan dua tin bahan sama di Pasaraya Seri Utama, di sini, pada jam 3.30 petang sama.

Semuanya didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.

Zuhair membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Berman dan Eda, manakala Aminah pula dikenakan jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan.

Beliau menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Azlly Supuadi, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela, Rabiatul Adawiyah Ramli.

Sumber : Hmetro

Pelajar bersalin dalam tandas sekolah

| comments

TAIPEI: Seorang pelajar Taiwan yang berusia 14 tahun bersalin dalam tandas sekolah selepas gurunya gagal menyedari pelajar itu hamil, kata polis, semalam.

Pelajar itu yang mengadu sakit perut ketika di dalam kelas kelmarin pergi ke bilik sakit sekolah dan diarahkan jururawat di situ supaya pergi ke tandas, di mana kemudian dia melahirkan anak.

Pihak pentadbiran sekolah berkata, mereka tidak menyedari pelajar itu hamil kerana berat badannya berlebihan. Tidak dapat dipastikan sama ada pelajar terbabit menyedari keadaan dirinya yang hamil. - AP

Sumber : Hmetro

3 Mayat bayi dalam alat pendingin

| comments

BERLIN: Pendakwa raya Jerman semalam berkata, mereka membuka kertas siasatan ekoran penemuan mengerikan tiga mayat bayi di sebuah blok apartmen dan garaj yang disewakan kepada seorang wanita berusia 40 tahun.

Pendakwa raya dan polis di bandar Giessen, di barat Jerman berkata, dua daripada mayat bayi itu ditemui Selasa lalu dalam alat pendingin di tingkat bawah blok apartmen ketika membersihkan flet yang disewakan kepada wanita itu. Mayat bayi ketiga ditemui kelmarin dalam satu lagi alat pendingin di garaj yang digunakan wanita terbabit.

“Pihak berkuasa berharap dapat menjelaskan punca kematian bayi malang berkenaan melalui bedah siasat,” kata polis dan pendakwa raya dalam kenyataan bersama. “Hanya dengan cara itu saja maklumat mengenai jantina, usia, waktu kematian dan punca kematian dapat diketahui,” kata kenyataan itu.

Jurucakap pejabat pendakwa raya tempatan memberitahu media, sehingga malam kelamrin, tiada waran tangkap dikeluarkan terhadap wanita berkenaan.

Jerman telah menyaksikan beberapa kes sama sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan yang paling mendapat perhatian adalah kes wanita di sempadan Poland yang dijel 15 tahun pada 2006 kerana membunuh lapan daripada bayi yang baru dilahirkannya dan menyembunyikan mayat bayi berkenaan dalam pasu bunga dan tangki ikan. - AFP

Sumber : Hmetro

Parlimen izin persetubuhan dengan mayat isteri

| comments

KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan.

Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.

Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan.

Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.

Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.

Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia.

Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini.

Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan.

“Ia tidak boleh diterima.

“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya. - DM

Sumber : Hmetro

Kanak-kanak bawa tiga bungkusan ganja ke tadika

| comments

LONDON: Sekumpulan guru tadika terkejut apabila mendapati sebungkus ganja tiba-tiba terjatuh dari poket seorang budak lelaki ketika dia bermain-main, semalam.

Budak itu - identitinya dirahsiakan atas faktor perundangan - kemudian tidak ragu-ragu lagi turut menunjukkan kepada gurunya dua bungkusan lain yang berisi dadah sama tersimpan dalam poketnya. Apabila ditanya, budak itu berkata, ia adalah bahan untuk membuat rokok bapanya.

Dianggarkan dadah itu bernilai RM100 jika dibeli daripada pengedar.

Guru tadika terbabit kemudian menghubungi polis Salford bagi memaklumkan kejadian berkenaan. Hasil maklumat diberikan, polis menahan bapa tiri budak terbabit dan didakwa di Mahkamah Majistret Manchester.


Lelaki itu mengaku salah atas tuduhan memiliki dadah dan hukuman ke atasnya akan ditetapkan pada 21 Mei ini.

Sementara itu, peguam bela, Abigail Henry, berkata tertuduh menyesal dengan perbuatannya.

“Tertuduh sedar kesan buruk yang boleh menimpa anak tirinya jika dadah berkenaan ditelan atau diberi kepada kanak-kanak lain,” katanya.

Jurucakap polis pula berkata, tertuduh mengaku budak terbabit dan ibunya bermalam di rumahnya kelmarin. Katanya, tertuduh mengaku menghisap ganja dan membiarkan bungkusan dadah itu di sebelah katilnya sebelum keluar bekerja.

“Lelaki itu mendakwa anak tirinya mungkin menemui bungkusan berkenaan dan membawanya ke sekolah tanpa mengetahui apa sebenarnya bahan itu,” katanya. - TS

Sumber : Hmetro

Montalvo bukan lagi budak penyu

| comments

KEADAAN belakang Montalvo sebelum pakar bedah membuang tahi lalat gergasi
BOGOTA: Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan, lapor media semalam.

Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir dengan masalah itu - dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital Melanocytic Nevus - dan berpotensi membahayakan dirinya.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan.

Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul.

Berdasarkan pandangan pawang, budak itu dipercayai mula menjadi janin ketika gerhana.

Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan.
MONTALVO selepas dibedah
Namun, sekumpulan doktor, diketuai pakar pembedahan plastik dari Britain, Neil Bulstrode, menawarkan diri membantu Montalvo secara percuma selepas mengetahui kisahnya.

Menurut Bulstrode, dia pergi ke Bogota untuk membantu sekumpulan pakar bedah negara itu membuang tanda lahir pada badan kanak-kanak terbabit.

Disebabkan tahi lalat itu terlalu besar, doktor terpaksa menjalankan siri pembedahan yang merangkumi beberapa tahap.

Kata Bulstrode, kejadian menimpa Montalvo adalah kes paling serius pernah dihadapinya.

“Kira-kira tiga per empat badan budak itu terjejas akibat tanda lahir berkenaan,” katanya. Untuk membolehkan Montalvo membesar seperti kanak-kanak biasa, kata Bulstrode, budak itu perlu melalui sejumlah pembedahan menyakitkan.

“Tapi kami berpendapat, ia memang berbaloi,” katanya. Setakat ini, pakar perubatan belum mengetahui dengan jelas bagaimana tanda lahir seumpama itu boleh berlaku, tetapi ia mungkin membabitkan perubahan sel kulit pada janin akibat mutasi gen. - DM

Sumber : Hmetro

Galaksi berbentuk topi penduduk Mexico

Thursday, 26 April 2012 | comments

GAMBAR menunjukkan galaksi Sombrero yang dirakamkan teleskop angkasa lepas Spitzer
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Teleskop angkasa lepas Spitzer milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah merakamkan imej Galaksi Sombrero.

Gambar itu telah didedahkan NASA kelmarin.

Galaksi berkenaan dinamakan demikian kerana ia menyerupai topi Sombrero yang sering dipakai oleh penduduk Mexico.

Menurut NASA, Sombrero sebenarnya merupakan dua buah galaksi dan imej sebelum ini menunjukkan ia berbentuk rata seperti cakera. - Reuters

Sumber : Kosmo

Saintis Jepun jumpa galaksi paling jauh

| comments

GAMBAR yang disiarkan Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Jepun semalam menunjukkan sejumlah cahaya yang dirakamkan Teleskop Subaru di Hawaii
TOKYO - Beberapa ahli astronomi Jepun mengumumkan semalam bahawa mereka telah menemui satu gugusan galaksi sejauh 12.72 bilion tahun cahaya dari Bumi.

Mereka mendakwa gugusan galaksi itu adalah yang paling jauh pernah ditemui setakat ini.

Penemuan gugusan galaksi berkenaan yang dipercayai wujud hampir satu bilion tahun selepas kelahiran alam semesta dibuat dengan menggunakan sebuah teleskop berkuasa tinggi di Pulau Hawaii, Amerika Syarikat.

"Ia menunjukkan gugusan galaksi telah wujud pada peringkat awal kewujudan alam semesta, kurang satu bilion tahun daripada usia cakerawala yang kini mencecah 13.7 bilion tahun," kata kumpulan ahli astronomi itu dalam satu kenyataan media.

Sumber : Kosmo

Ikan paus kelabu ditemui mati

| comments

GAMBAR menunjukkan mulut ikan paus itu
PULAU CAMANO, Amerika Syarikat - Seekor ikan paus kelabu ditemui mati terdampar di sini kelmarin.

Pemeriksaan awal mendapati haiwan itu mati bukan disebabkan trauma.

Beberapa serpihan ditemui dalam perut ikan tersebut termasuk sebiji bola golf namun ia bukan penyebab kematian haiwan berkenaan.

Ikan paus jantan itu sepanjang 11.27 meter. - Agensi

Sumber : Kosmo

Filem silat tembusi pasaran AS

| comments

SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Raid: Redemption
JAKARTA – Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa.

Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.

Filem The Raid: Redemption mula ditayangkan di seluruh dunia pada 28 Mac lalu dan berada di tempat ke-11 dalam carta pecah panggung AS bermula April ini.

Sejumlah dua juta penonton menyaksikan filem itu di AS.

Karya tersebut mencipta rekod filem tempatan apabila memperoleh kutipan pecah panggung tempatan dan ditonton lebih sejuta penonton Indonesia.

“Ia sebuah filem yang boleh membantu mempromosikan silat di seluruh dunia.

“Justeru, jika penonton filem ini dari AS, United Kingdom atau Perancis atau dari mana sahaja tiba-tiba ingin mempelajari tentang silat, kami berjaya melakukannya,” kata Evans, seorang pengarah dari Wales.

Dia mengarahkan filem tersebut selepas jatuh cinta dengan seni silat beberapa tahun lalu.

Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunan.

Antara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan.

Filem yang dihasilkan dalam tempoh tiga bulan menelan belanja AS$1 juta (RM3 juta).

Hampir 90 peratus penggambaran dilakukan dalam bangunan.

Ia mendapat ulasan hebat daripada pengkritik-pengkritik antarabangsa termasuk pada Festival Filem Toronto. – Reuters

Sumber : Kosmo

Sangkar cinta, dilayan bagai haiwan

| comments

Sangkar cinta, dilayan bagai haiwan
KUALA LUMPUR: “Saya hanya terbayangkan penjara dan tali gantung kerana orang yang saya sayangi sebenarnya penagih serta pengedar dadah,” kata seorang ibu muda yang kini menyesali perbuatannya lari dari rumah sejak 2007 kerana mengikut teman lelaki.

Wanita berusia 23 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, selepas lari dari rumah, dia berkahwin dengan kekasihnya di selatan Thailand, namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan setahun.

Nora berkata, dia bercerai sejurus melahirkan anak kembar lelaki pada 2008, namun seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.

“Selepas itu saya hidup sendirian kerana saya masih tidak pulang ke pangkuan ibu bapa, sebaliknya hanya menyerahkan anak saya untuk mereka jaga.

“Pada April tahun lalu, saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya anggap mampu menjadi penyelamat dan memberi kebahagiaan.

“Bagaimanapun, impian saya menjadi sebaliknya kerana dia rupa-rupanya penagih serta pengedar dadah. Setahun hidup bersamanya ibarat dalam neraka kerana saya bukan saja selalu dipukul, malah turut dipaksa mengambil dadah,” katanya.

Sumber : Hmetro

Malang lelaki warga emas menjadi mangsa nafsu songsang

| comments

Malang lelaki warga emas menjadi mangsa nafsu songsang
Gambar sebagai hiasan
KUALA LUMPUR: Dari perkenalan untuk tujuan perniagaan, seorang lelaki warga emas menjadi mangsa nafsu songsang rakan barunya apabila dia bukan saja dipaksa untuk mengurut kemaluan lelaki berkenaan malah dia turut diliwat dalam kejadian di Taman Maluri, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa berusia 65 tahun sedang minum di sebuah restoran berdekatan Jalan Peel, di sini, sebelum berkenalan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang mengajaknya untuk menyertai perniagaan yang dijalankannya.

Mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, selepas berbincang lama mengenai perniagaan jualan langsung yang dijalankannya itu, lelaki berkenaan mengajaknya untuk ke rumahnya di Taman Maluri untuk menunjukkan pelan perniagaan.

Katanya, tanpa syak dia menuruti lelaki berkenaan ke rumahnya, namun selepas berbincang seketika di ruang tamu, dia berasa pelik apabila lelaki itu mengajaknya masuk ke dalam bilik.

“Apabila saya enggan menuruti kehendaknya, dia menarik saya masuk ke dalam bilik sebelum menolak saya ke arah katil dan saya yang sudah ketakutan ketika itu, merayu kepadanya agar melepaskan saya, namun tidak diendahkan.

“Dia kemudian membuka seluarnya sebelum meminta saya melayan nafsunya, apabila saya berdegil untuk mengikut kehendaknya, saya ditampar sebelum dipaksa untuk mengurut kemaluannya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, selepas itu dia menyangka akan dilepaskan, namun sangkaannya meleset apabila dia diminta untuk menonton video seks yang dirakam suspek bersama seorang lagi rakan hubungan songsang sebelum dia dipaksa untuk meniru aksi yang sama.

Katanya, berang dengan tindakannya yang tidak mahu melayan nafsu songsangnya, lelaki itu kemudian menolaknya ke katil semula sebelum meliwatnya dan sebagai balasan, dia diberikan RM50.

“Takut diliwat semula, saya bertindak melarikan diri dari rumah lelaki itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan suspek kes berkenaan sudah diberkas dan direman selama tujuh hari mulai semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sumber : Hmetro

10 anak kebulur ibu pula bersolek

| comments

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang kerap bertukar kerja termasuk menjadi pelayan di pusat karaoke di daerah ini tergamak membiarkan 10 anak kebuluran sedangkan dia menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membeli alat solek.

Wanita yang kematian suami pada Februari 2011 akibat batuk kering itu galak bekerja dan sering pulang lewat pagi menyebabkan anaknya terabai.

Mendedahkan perkara itu, ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, 49, berkata, selepas kematian suami, adik perempuannya menggalas tanggungjawab menyara keluarga.

“Adik perempuan saya, Ain, 37, berasal dari Indonesia, melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuk pembantu kedai makan.

“Selepas bekerja, sikap Ain berubah termasuk gemar bersosial sebelum menerima tawaran bekerja di sebuah pusat karaoke sebagai pelayan tetamu.

“Dia hanya pulang sesekali dan akibat boros membeli alat solek dan pakaian berjenama, Ain gagal melunaskan sewa rumah mahu pun membeli makanan untuk anak hingga mereka kebuluran.

“Pada masa sama, Ain turut menggunakan wang RM450 diberi JKM untuk belanja anak bagi membeli barangan keperluan peribadinya,” katanya.

Menurut Aminah, Ain turut mengarahkan anak sulungnya melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh serta menjaga sembilan adik.

Aminah berkata, perkara itu menimbulkan gangguan mental kepada anak sulung Ain yang dikenali sebagai Diah, 16.

“Keadaan Diah semakin teruk apabila ibunya kerap membawa lelaki berlainan pulang ke rumah. Akibatnya, Diah melarikan diri ke rumah saya.

“Bimbang banyak perkara negatif membabitkan keluarga Ain, saya dan beberapa jiran mengadukan perkara itu kepada JKM,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Johor, Khatijah Abdullah berkata, anak wanita terbabit berusia antara empat hingga 16 tahun diselamatkan pihaknya pada pertengahan November lalu.

“Pada perbicaraan dijalankan, Ain memaklumkan dia tidak mampu memelihara anaknya lagi dan mahkamah memutuskan lapan beradik daripada 10 anaknya dihantar ke sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Pahang pada Disember lalu,” katanya.

Sumber : Hmetro

Anak dilarikan jejaka Lombok

| comments

Anak dilarikan jejaka Lombok, Nur Afifah Mohd Zuhari, Mohamad Yani,
Gambar sebagai hiasan
TAIPING: Seorang ibu tidak menyangka sikap peramah seorang ‘jejaka Lombok’ yang sering membantunya di gerai makan miliknya di sebuah tapak pasar malam, di sini, sejak enam bulan lalu mempunyai niat jahat apabila lelaki itu bertindak melarikan anak gadisnya pada 18 April lalu.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, (gambar) dilarikan lelaki berkenaan dengan sebuah motosikal. Bimbang sesuatu yang buruk menimpa anaknya, ibu remaja berkenaan, Hasliza Ismail, 45, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, sehari selepas kejadian itu apabila mendapati anaknya tidak pulang pada malam kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, berdasarkan laporan polis, ibu mangsa mendakwa anaknya dilihat keluar dari rumah mereka di Taman Panglima di sini, dengan memakai baju kemeja putih berbunga coklat dan seluar trek berwarna biru sebelum menaiki motosikal ditunggang seorang lelaki.

Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima pengadu, mangsa dilarikan seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali Mohamad Yani, 30.

“Lelaki itu didakwa sering membantu keluarga berkenaan mengendalikan gerai makanan di tapak pasar malam di Taman Panglima, di sini,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Afifah boleh menghu

Sumber : Hmetro

Pencabul kena RM6,000

| comments

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu van ‘prebet sapu’ didenda RM6,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencabul penumpangnya yang juga pelajar tingkatan empat pada 2 April tahun lalu.

Majistret Noradila Ab Latif membuat keputusan itu selepas Mohd Sahabuddin Razali, 27, dari Kampung Baru, Pusu 3, di sini, mengaku salah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan pelajar perempuan berusia 16 tahun itu dengan meraba buah dada dan paha mangsa di tempat letak kereta berhampiran Stadium Gong Badak di sini, antara jam 1.30 hingga 1.45 tengah hari pada 2 April 2011.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi.

Mengikut fakta kes, mangsa yang mahu pulang ke asrama sekolahnya di daerah ini, menaiki van sapu dipandu tertuduh di hadapan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, di sini.

Bagaimanapun, tertuduh tidak menghantar mangsa ke sekolah sebaliknya membawa pelajar itu ke arah jalan Stadium Sultan Mizan Gong Badak dan memberhentikan kenderaannya di depan Stadium Tertutup Gong Badak kira-kira jam 1.30 petang.

Ketika itu, mangsa dipaksa memegang kemaluannya dan pada masa sama tertuduh meraba mangsa.

Sumber : Hmetro

Gadis disergah harimau meninggal

| comments

Gadis disergah harimau meninggal, Mastura Kamaruddin,
Gambar sebagai hiasan
KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.

Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.

Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan.

Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.

Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.

Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.

Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di atas pokok.

Rohani berkata, hampir 10 pakar perubatan tradisional dan Islam yang dirujuk mengatakan arwah anaknya berdepan gangguan makhluk halus atau terkena ‘badi’ harimau selepas kejadian itu.

Rohani yang ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap dan trauma melampau dialami arwah sebelum ini menjadi petanda pemergiannya.

Beliau berkata, dia bersama suaminya, Kamaruddin Jene, 52, reda dengan apa yang berlaku biarpun dia sendiri masih ‘dibayangi’ wajah pak belang yang cuba membahamnya itu.

“Beberapa minggu sebelum kematiannya, arwah pernah berpesan kepada saya dan suami supaya tidak lagi keluar menoreh kerana bimbang menerima nasib sepertinya.

“Seminggu selepas kejadian ngeri itu, arwah menunjukkan perubahan sikap yang ketara selain banyak menyendiri dan kurang bercakap. Arwah mungkin terkena ‘badi’ pak belang itu selain dirinya yang mudah lemah semangat,” katanya.

Menurutnya, pada Februari lalu, tahap kesihatannya bertambah teruk sehingga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, selepas menerima rawatan di dua hospital berkenaan, keadaan arwah tidak banyak berubah dan doktor mengesahkan darahnya dicemari kuman serta merebak ke bahagian pinggang ke bawah.

Rohani berkata, arwah terpaksa dikejarkan ke HRPB pada 13 April lalu selepas demam panas sebelum doktor mengesahkan kuman berkenaan merebak ke bahagian otaknya.

“Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah langsung tidak boleh bercakap malah, doktor mengesahkan sebahagian tubuhnya dari pinggang ke bawah lumpuh,” katanya.

Jenazah Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chuar Hulu, di sini, semalam.

Sumber : Hmetro

Rakan kongsi makan kawan

| comments

KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu percayakan rakan baik untuk menjadi rakan kongsi perniagaan komputer, seorang peniaga mengalami kerugian RM150,000 selepas ditipu rakannya itu dalam kejadian di Taman Cheras, di sini.

Mangsa membuat laporan laporan di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin selepas untung yang dijanjikan rakannya tidak diterima sejak lima bulan lalu, malah modalnya turut dilarikan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 30, berkata, dia memberi modal kepada rakannya pada Oktober 2010 dan dijanjikan untung RM20,000 setiap bulan.

Katanya, dia menerima untung lima kali sehingga Oktober tahun lalu dan hingga sekarang tidak menerima keuntungan tunggakan yang dijanjikan sebanyak RM100,000.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Sumber : Hmetro

Jururawat dicabul, lelaki himpit dengan motosikal

Wednesday, 25 April 2012 | comments

Gambar sebagai hiasan
CHUKAI – Perjalanan pulang seorang jururawat ke rumahnya selepas tamat waktu bekerja bertukar menjadi detik hitam apabila dicabul seorang lelaki yang menghimpitnya dengan motosikal dalam kejadian di Jalan Petaling, Kampung Mak Chili, dekat sini, Ahad lalu.

Kejadian cabul kira-kira jam 9.45 malam berkenaan menyebabkan mangsa yang berusia 22 tahun terkejut dan trauma sehingga serta merta memberhentikan motosikal yang ditungganginya di tepi jalan.

Sebelum itu, mangsa yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu dan bekerja di sebuah klinik baru sahaja menamatkan syif kerja kerana dia bekerja syif petang.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya tidak jauh dari bandar Chukai mangsa yang menunggang sebuah motosikal secara tiba-tiba dihimpit suspek yang turut menunggang motosikal dan kemudiannya bertindak memegang payu dara mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar berkata, akibat perbuatan biadap itu mangsa yang tersentak memberhentikan motosikalnya di tepi jalan sementara suspek pula memecut laju motosikal yang dinaikinya.

Pun begitu, disebabkan keadaan persekita­ran laluan itu yang gelap menyebabkan motosikal dan suspek gagal dicam oleh mangsa.

“Sejurus itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Chukai kira-kira jam 10.43 malam. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat.

“Polis kini giat mengesan suspek dan kita harap orang awam yang melihat kejadian ini dapat tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan. Mereka yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis atau menghubungi talian kami 09-8592222,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Berikutan itu, beliau juga mengingatkan golongan wanita terutama yang pulang bekerja pada waktu malam agar sentiasa berhati-hati dengan menjauhi daripada melalui jalan gelap serta sebolehnya tidak keseorangan bagi me­ngelakkan menjadi mangsa jenayah.

Sumber : Sinar Harian

Mak nyah lari dipaksa kahwin

| comments

Telani menerangkan masalahnya kepada anggota polis, Mak nyah lari dipaksa kahwin,
Telani menerangkan masalahnya kepada anggota polis
KULIM - Seorang mak nyah warga Filipina sanggup lari ke Malaysia gara-gara pernah dipaksa berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun, namun menyerah diri ke Balai Polis Kulim kira-kira jam 7.20 petang semalam, setelah menyedari kedatangannya ke negara ini tanpa dokumen sah.

Menurutnya, yang hanya mahu dikenali dengan nama Telani, 26, sebelum ini dia memasuki Malaysia menggunakan jalan laut untuk cuba mengubah nasib dengan bekerja di negara ini.

“Bagaimanapun, setelah enam bulan berada di negara ini, saya takut kerana pihak polis dan Jabatan Imigresen sering membuat serbuan.

“Atas nasihat rakan, akhirnya saya menyerahkan diri ke balai polis dan berharap dapat dihantar balik ke negara asal,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai seorang pendandan rambut di sebuah salon di pekan kecil di Filipina.

Telani berkata, untuk masuk ke negara ini secara sah dia harus mempunyai modal sekurangnya RM10,000, namun dengan pendapatan yang tidak seberapa memaksanya mengupah tekong bot nelayan untuk masuk ke Malaysia.

“Di negara ini, saya cuba bekerja mengikut kemahiran yang saya ada, tetapi tiada majikan yang mahu mengajikan saya kerana tiada permit sah.

“Justeru, saya minta nasihat rakan senegara yang saya temui. Mereka kata hanya industri pembinaan saja yang mengambil pekerja asing seperti saya,” katanya.

Katanya, dalam keadaannya dirinya seperti itu tidak sesuai untuk bekerja sebagai buruh binaan dan dalam masa sama dia berkenalan dengan seorang warga tempatan.

“Dia memperkenalkan saya sebuah pusat hiburan yang mengambil pekerja asing sebagai pelayan di Pulau Pinang.

“Hari pertama saya berjumpa pengurus pusat hiburan itu, tempat berkenaan telah diserbu pihak berkuasa. Saya takut dan berjaya melarikan diri,” katanya.

Telani berkata, apabila sampai ke daerah ini, dia dapati tidak banyak pusat hiburan dan wang simpanannya juga semakin berkurangan.

“Daripada terus jadi pelarian, lebih baik saya serahkan diri dan balik ke Filipina,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Penyamun tidak berhati perut, pukul warga emas

| comments

Penyamun tidak berhati perut, pukul warga emas
Penyamun tidak berhati perut, pukul warga emas
GONG MEDANG - Seorang penyamun tidak ada hati perut apabila tergamak memukul seorang wanita warga emas dengan sekeping papan tebal sebanyak tiga kali di kampung ini dekat Kampung Raja, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa Sharipah Khasipah Syed Mohd Nor, 64, terpaksa dirawat di Hospital Besut selama tiga hari tiga malam akibat kecederaan di kanan kepala manakala penyamun hanya berjaya melarikan bungkusan Milo sahaja.

Dia yang baru keluar dari hospital kelmarin berkata, pada petang kejadian dia berada seorang diri di kedai runcit di rumahnya di sini dan didatangi seorang lelaki berlagak pelanggan.

“Lelaki itu datang dengan kereta Perodua Kenari warna merah manakala seorang rakannya menunggu dalam kereta. Lelaki yang masuk ke kedai itu bertanya Nescafe tetapi saya beritahu tidak ada jual di kedai saya lalu dia mengambil enam bungkusan plastik Milo seberat 400 gram setiap satu dan diletakkan di meja,” kata Sharipah yang masih menahan sakit.

Dipukul ketika kira harga barang
Sharifah berkata, ketika dia asyik mengira jumlah harga barangan itu lelaki tersebut keluar ke depan kedai dan selepas itu dia terdengar bunyi seperti kayu ditarik di depan kedai namun dia tidak begitu menghiraukannya.

Menurutnya, hanya selang beberapa saat kemudian lelaki itu muncul lalu memukul kepalanya menyebabkan dia terhuyung-hayang.

“Saya masih sempat bertanya kepada dia mengapa melakukan demikian sambil saya gagahkan kudrat menjerit meminta tolong dengan harapan didengari suami yang berada di dalam rumah.

“Mungkin tidak berpuas hati apabila saya masih mampu menjerit lelaki itu memukul lagi kepala saya dengan kayu sepanjang 30 sentimeter itu sebanyak dua kali lagi menyebabkan saya rebah sambil memegang kepala yang berasa begitu sakit manakala mata berpinar-pinar,” katanya.

Akibat jeritan itu penjenayah terbabit hanya sempat membuka satu daripada dua laci dan gagal menemui wang tunai di situ kerana wang RM300 berada di laci sebelah kiri meja menyebabkan dia hanya melarikan Milo berkenaan.

Tiga benjolan sebesar penumbuk di kepala
Suaminya Ariffin Ismail, 67, yang bergegas keluar dari dalam rumah segera membawa Sharipah ke Hospital Besut sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Selepas HUSM mengesahkan Sharipah tidak ada pendarahan dalaman, dia dirujuk semula ke Hospital Besut dan ditahan selama tiga hari kerana sakit akibat dihentak dengan kayu.

“Ada tiga benjolan sebesar penumbuk pada kepala saya akibat pukulan tersebut dan saya muntah pada hari pertama kejadian, sakitnya Tuhan sahaja yang tahu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.

Sharipah berkata, suspek terbabit dipercayai pernah datang beberapa kali ke kedainya sebelum ini malah salah seorang jirannya pernah menasihatinya agar berhati-hati kerana lelaki itu adalah penagih dadah dan sering keluar masuk penjara.

Menurutnya kebetulan pada sebelah pagi hari kejadian hatinya tergerak menanggalkan semua barang kemas yang dipakainya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk menahan suspek yang masih bebas setakat ini.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 382 Kanun Keseksaan iaitu samun dan mendatangkan kecederaan.

Manakala dua minggu lalu juga seorang wanita warga emas, Staja Hamat, 67, dari Kampung Gong Nering, Jertih turut menjadi mangsa samun apabila muntah darah dan dirawat selama dua hari di hospital selepas dipukul penyamun dengan topi keledar di kepala.

Dalam kejadian pada jam 5.30 petang Rabu itu, Staja kerugian kira-kira RM3,000 apabila penyamun melarikan barang kemasnya ketika dia sedang memberi lembu peliharaannya makan berdekatan sawah padi.

Sumber : Sinar Harian
 
Support : Web media TERBAIK.my
Copyright © 2012. Terbaik.my - All Rights Reserved
Published by Mas Template Sememangnya hanya yang TERBAIK!