Madu mithali, masih sebumbung lepas suami mati - Terbaik.my

Madu mithali, masih sebumbung lepas suami mati

Saturday, 12 May 2012 | comments

Madu mithali, masih sebumbung lepas suami mati, Jainah Diso, Abdul Aziz Asot,
BATU PAHAT: Walaupun suami mereka sudah enam tahun meninggal dunia, dua wanita warga emas yang hidup bermadu tetap selesa tinggal sebumbung di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Muhibbah, Jalan Peserai Lama, di sini.

Keikhlasan dua wanita itu membuktikan persefahaman utuh antara mereka yang terjalin sejak puluhan tahun lalu ketika tinggal bersebelahan di rumah panjang tanpa bilik di Batu 3, Tanjung Labuh, dekat sini, ketika suami masih hidup.

Berbekalkan beberapa petua, kedua-dua madu itu bukan saja mengelak perselisihan faham, malah hidup bahagia sejak berkahwin walaupun dihimpit kemiskinan.

Jainah Diso, 61, isteri pertama arwah Abdul Aziz Asot berkata, arwah suami berpesan supaya mereka saling menjaga diri masing-masing dan hidup bersama tanpa mengira keadaan susah atau senang.

Menurutnya, sejak arwah suami memberitahu hasrat berkahwin dengan seorang wanita dari Minyak Beku, di sini, pada pertengahan 1980-an, dia menerima berita itu dengan reda.

Sumber : Hmetro
Share this article :

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by TERBAIK.my - Info Terkini, Isu semasa, Hiburan, Tips dan Ilmiah

Post a Comment

 
Support : Web media TERBAIK.my
Copyright © 2012. Terbaik.my - All Rights Reserved
Published by Mas Template Sememangnya hanya yang TERBAIK!