8 Sebab mengapa sakit belakang terjadi dan cara mengatasinya - Terbaik.my

8 Sebab mengapa sakit belakang terjadi dan cara mengatasinya

Wednesday, 14 March 2012 | comments

8 sebab mengapa sakit pinggang, 8 punca mengapa sakit belakang, 8 tanda mengapa sakit belakang, 8 tabiat yang menyebabkan sakit belakang, 8 tips elak sakit belakang, 8 cara ubati sakit belakang, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat
Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan.

Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
1. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
2. Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
3. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
4. Berdiri terlalu lama.
5. Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
6. Duduk membongkok di kerusi.
7. Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
8. Memakai kasut bertumit tinggi.

Tips elak sakit belakang
1. Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
2. Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
3. Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
4. Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
5. Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
6. Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
7. Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
8. Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
9. Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
10. Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa. Sumber | asamglugo.blogspot.com
Share this article :

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by TERBAIK.my - Info Terkini, Isu semasa, Hiburan, Tips dan Ilmiah

Post a Comment

 
Support : Web media TERBAIK.my
Copyright © 2012. Terbaik.my - All Rights Reserved
Published by Mas Template Sememangnya hanya yang TERBAIK!