Tafsiran mimpi dalam Islam, mimpi berkaitan alam semulajadi dan tanaman 2/3 - Terbaik.my

Tafsiran mimpi dalam Islam, mimpi berkaitan alam semulajadi dan tanaman 2/3

Tuesday, 28 February 2012 | comments (10)

1.Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
2.Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
3.Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya
anda akan menjelaskan segala hutang piutang.
4.Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
5.Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
6.Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
7.Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
8.Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
9.Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
10.jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh
menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
11.Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
12.Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
13.Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
14.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
15.Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
16.Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan
beroleh nikmat di dunia dan akhirat
17.Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
18.Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
19.Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
20.Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
21.Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
22.Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
23.Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Sumber | hotreload2u.blogspot.com

Tafsiran mimpi dalam Islam, mimpi berkaitan peristiwa atau kejadian 1/3
Tafsiran mimpi dalam Islam, mimpi berkaitan dengan haiwan 3/3
Share this article :

+ comments + 10 comments

Anonymous
19 October 2012 06:02

Saya bermimpi kejadian yg pernah belaku keatas saya sebelm ini dan menyebabkan saya membenci org itu.. Maksudnya??

Anonymous
22 January 2013 15:56

saya mimpi naik bukit turun bukit. setiap bukit ada juram. kemudian anak saya jatuh dalam juram tu dan tersangkut dekat pokok. anak saya selamat dalam pelukan saya

1 February 2013 17:58

saya bermimpi melihat air bah yg datang dari atas bukit dan hampir mengenai saya, tapi airnya tidak kena2 ke tubuh saya karena keburu surut, itu artinya apa ya? terima kasih atas jawabannya.

Anonymous
14 March 2013 06:49

Dalam soal mimpi, kita ibarat invisible kerana walau apa yg akn berlaku dlam mimpi kita sama ada baik atau buruk, kita akan terlepas daripadanya.. Sebgai contoh, kita bermimpi berperang, berlakunya pembunuhan, darah2, dan sebgainya yg berlaku depan mata kita, namun ia tidak terkena kepda kita wlaupun sedikit..

Btw - sye bermimpi diberikan kris, bertemu raja, berjumpa perdana menteri, menanam uri. Mksudnya?

Anonymous
19 April 2013 10:59

Saya bermimpi jumpa gelang dn cincin emas lalu di jual

Anonymous
26 September 2013 07:09

Sya mimpi berdiri di ats air paras lutut bersama bakal mentua sya.apa maksudnya?

3 November 2013 23:34

Saya mimpi..tengok awan putih..yg membentuk ayat al-quran..

3 November 2013 23:36

Sy mimpi awan putih yg mbtk ayat al quran..dlm btk khad..

3 November 2013 23:36

Saya mimpi..tengok awan putih..yg membentuk ayat al-quran..

1 March 2014 10:42

Saya mimpi tahi bintang jatuh ke bumi .. Ape maksudnya?

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by TERBAIK.my - Info Terkini, Isu semasa, Hiburan, Tips dan Ilmiah

Post a Comment

 
Support : Web media TERBAIK.my
Copyright © 2012. Terbaik.my - All Rights Reserved
Published by Mas Template Sememangnya hanya yang TERBAIK!