7 Sikap wanita yang disukai lelaki - Terbaik.my

7 Sikap wanita yang disukai lelaki

Friday, 24 February 2012 | comments (3)

MENGHARGAI
Bagi lelaki, dia suka wanita yang mhargai lelaki. Berbeza dgn wanita yang nak diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn ikhlas dan diberi kpercayaan. Penghargaan drp wanita m’buatkan lelaki brasa bangga.

KEANAK-ANAKAN
Wanita ni ada satu sikap keanak anakan kalau kita sndri perasan kan. Laki suka dan kadang2 terhibur dgn sikap kita yang kebudak budakan. Tapi jgn la slalu sgt jd cam budak2, tu boleh buat lelaki rasa jengkel dan meluat. Misalnya, kemanjaan wanita yang m’bangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.

PENUH PENGERTIAN
Sikap pergertian wanita buat lelaki dihargai dan diterima seadanya. Perasaan mudah memaafkan, memilih waktu tetap utk berbincang msalah dan sbgnya. Contohnya, kalau teman lelaki korg buat hal, yang wanita takkan terus sembur kata2 kasar sebaliknya memilih waktu sesuai utk bincang dan mengerti segal yang berlaku.

MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka pada wanita yang tahu hormat diri sendiri. Sbg seorang wanita, susah tentu kita ade sikap sopan santun, tahu etika diri sebagai wanita kan. Kalau wanita hormat diri dia, wanita ada keyakinan dan tahu baik buruk bila seorang lelaki lakukan sesuatu terhadap diri wanita. Jadi seorang wanita akan tahu elakkan diri daripada maruah diri dia tercalar. Dia takkan merendah-rendahkan dirinya dan membiarkan lelaki lakukan sesuka hatinya terhadap diri dia.

MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki nie suka tengok semua yang cantik dimatanya terutamanya wanita yang pandai jaga penampilannya. Seorang wanita itu perlulah sentiasa bersih, cantik, kemas dan menarik. Penampilan seseorang dapat menunjukkan sikap wanita tu sebenar. Wanita yang murah dgn senyuman, pandai rawat tubuhnya, tingkatkan kualiti hidupnya dan sentiasa bersyukur dgn apa yang ada pada dirinya sendiri. Lelaki akan terpesona dgn tarikan diri wanita yang sentiasa bersyukur dan tidak mgubah sifat fizikal yang telah Allah kurniakan.

PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai dan bijak berkomunikasi. Selalunya topik perbualan lelaki dan wanita banyak bezanya. Lelaki akan rasa kagum dgn wanita yg boleh terima dan pandai berbicara topik yg diminati lelaki dan mengimbangi topik yg dibualkan. Dia juga bukan sbg teman berbual yg pasif, malah dpt memberi respon dan pendapat yang baik. Lelaki juga suka dengan wnita yang pandai bergurau dan boleh trima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka dgn wanita yg murah hati, mgambil berat, simpati pada org yg susah, sayagkan kanak2 dan tidak memilih bulu. Kebaikan seseorang wanita itu akan terpancar secara spontan dan dapat cerminkan diri dia yg sebenar. Ada kecantikan dalaman pada dri wanita yg buat lelaki tertarik pada wanita. Sumber | hotreload2u.blogspot.com
Share this article :

+ comments + 3 comments

24 February 2012 16:23

mantap friend..

24 February 2012 18:17

moga leh jadi seperti itu..hehehe

21 August 2012 17:58

ooo...camtu

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by TERBAIK.my - Info Terkini, Isu semasa, Hiburan, Tips dan Ilmiah

Post a Comment

 
Support : Web media TERBAIK.my
Copyright © 2012. Terbaik.my - All Rights Reserved
Published by Mas Template Sememangnya hanya yang TERBAIK!