6 Cara mudah untuk menghilangkan jerawat - Terbaik.my

6 Cara mudah untuk menghilangkan jerawat

Wednesday, 29 February 2012 | comments (12)

Pasti ramai daripada anda yang mengalami masalah jerawat. Perkara ini adalah merupakan satu masalah yang normal untuk proses kematangan atau pembesaran manusia. Terdapat terlalu banyak produk yang dijual dipasaran untuk mengatasi masalah ini. Tetapi adakah ia berhasil? Berikut adalah cara mudah untuk menghilangkan jerawat dan juga cara paling menjimatkan kos rawatan yang boleh anda lakukan.

1. Minum banyak air - Salah satu cara mudah untuk membantu anda menghilangkan jerawat adalah dengan meminum air masak dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana air amat berkesan untuk membuang toksin berbahaya dalam badan seseorang. Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.

2. Bawang putih - Bawang putih adalah amat mujarab untuk membantu mengecutkan jerawat yang baru tumbuh. Caranya adalah dengan hancurkan bawang putih tersebut kemudian lumurkan pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat. Selain daripada itu, ada juga pakar berpendapat bahawa sekiranya rawatan ini dilakukan secara konsisten, ia dapat membantu membersihkan dan melindungi liang-liang muka anda daripada dijangkiti oleh bakteria.

3. Menjaga pemakanan - Pemakanan juga sebenarnya mempengaruhi kulit seseorang untuk ditumbuhi jerawat. Elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan minyak, gula dan lemak yang tinggi. Makanan ini termasuk kek, kuih, coklat, pizza, makanan segera dan makanan yang diproses. Mengamalkan makanan sihat seperti memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan daging tidak berlemak seperti tuna, dada ayam dapat membantu untuk mengatasi masalah ini.

4. Aspirin (ubat demam) - Walaubagaimana cantik pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.

5. Ubat gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

6. Minyak zaitun - Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Dan ramai juga telah bersetuju bahawa cara ini adalah berkesan. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka. Sumber | top5reason.com
Share this article :

+ comments + 12 comments

14 June 2012 22:22

mudah la... nak try la...

Anonymous
31 July 2012 03:39

Elok ke??

Anonymous
12 February 2013 13:07

kena buat semua sekali ke?

23 February 2013 00:57

Assalaamu'alaikum, ikut pengalaman saya, menggunakan ubat gigi adalah paling mudah n berkesan.

Anonymous
20 May 2013 14:46

Bhasnya kok gtu?

Anonymous
29 May 2013 00:54

berkesan ke?..

Anonymous
5 June 2013 14:53

Pedih gila kot guna bawang putih..

Anonymous
12 November 2013 22:31

minyak zaitun tu yang org guna utk rmbut ke ?

Anonymous
17 April 2014 19:18

Yang mne satu nie nk gune?

Anonymous
1 May 2014 15:49

erk...tringin gak nk try

27 May 2014 14:34

Boleh cayer ker??

Anonymous
31 July 2014 14:49

errrr....aku pun nak try hahaha

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by TERBAIK.my - Info Terkini, Isu semasa, Hiburan, Tips dan Ilmiah

Post a Comment

 
Support : Web media TERBAIK.my
Copyright © 2012. Terbaik.my - All Rights Reserved
Published by Mas Template Sememangnya hanya yang TERBAIK!