Terbaik.my

Apa yang perlu dibuat jika ditipu dalam jualan online?

Thursday, 16 January 2014 | comments

Zaman sekarang, zaman IT. Serba canggih, jual beli boleh dibuat secara online. Tanpa perlu bersemuka baik diantara penjual mahupun pembeli. Namun awas! Anda harus berhati-hati. Keghairahan dalam beli belah secara online telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh penipu online atau lebih dikenali sebagai SCAMMER. Ketahui dengan siapa anda berurusan.

Cegah sebelum kena, fahami HAK anda sebagai pengguna. Apa yang perlu dibuat jika anda ditipu dalam jualan online?

Sila share/kongsikan info ini bagi mengelakkan ramai yang ditipu oleh SCAMMER
Sila share/kongsikan info ini bagi mengelakkan ramai yang ditipu oleh SCAMMER 
Sila klik sini untuk ke portal rasmi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Rayuan menteri Palestin, memerlukan dana RM 112.2 Juta

Friday, 30 November 2012 | comments (1)

Rayuan menteri Palestin, memerlukan dana RM 112.2 Juta,
GAZA: Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza merayu bantuan dana segera AS$37.4 juta (RM112.2 juta) dari negara yang prihatin terutama Malaysia, bagi membantu rakyatnya yang kini menderita akibat serangan roket tentera Zionis bermula 14 November lalu.

Menteri Perhubungan Sosial dan Pekerjaan Palestin, Ahmed Alkurd yang ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam berkata, serangan tentera Yahudi itu mengakibatkan kemusnahan teruk ratusan kediaman penduduk di Semenanjung Gaza.

Menurutnya, hujan roket serta peluru berpandu kapal laut, pesawat F-16 dan dron dilepaskan tentera Israel seolah-olah mempunyai dua tujuan iaitu membunuh rakyat Gaza dan sekali gus memastikan mangsa merempat tanpa tempat tinggal.

“Berdasar perangkaan awal, kira-kira 800 penduduk Gaza kini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah sama sekali akibat dibedil roket Israel. Mereka kini tidak ubah seperti pelarian.

“Selain itu kira-kira 8,000 rumah lagi mengalami kemusnahan sederhana namun memerlukan bantuan kewangan bagi membaik pulih kerosakan dialami,” katanya.

Ahmed berkata, kekurangan dana dan bantuan antarabangsa menyebabkan kerajaan Palestin gagal memberi bantuan segera kepada mangsa yang kini menghuni khemah sementara atau di celah runtuhan rumah mereka.

“Tanpa keperluan asas seperti elektrik dan air, kehidupan amat menyeksakan, tambahan ketika ini musim sejuk dengan suhu kira-kira 15 darjah celsius kini,” katanya.

Menurutnya, bantuan kewangan dari negara luar terutama Malaysia diakuinya sentiasa prihatin dengan penderitaan rakyat Palestin turut diperlukan bagi membantu kira-kira 1,300 penduduk mengalami kecacatan kekal atau cedera parah akibat serangan lapan hari itu.

“Saya bersyukur dan terharu atas keprihatinan luar biasa ditunjukkan rakyat di Malaysia yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

“Kesediaan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia termasuk Muslim Care dalam memberikan bantuan berterusan kepada rakyat Gaza sejak tiga tahun lalu, membuktikan kesungguhan rakyat Malaysia membantu penduduk Gaza,” katanya.

Ahmed juga menyatakan rasa syukur kerana rakyat Gaza kini tidak lagi berperang bersendirian kerana mereka turut dibantu ‘saudara’ dari Malaysia, Turki, Indonesia dan Mesir yang sentiasa menghulurkan sumbangan tanpa diminta.

Sumber : Hmetro

Lelaki tertelan sudu, bedah perut keluar sudu

Monday, 12 November 2012 | comments (1)


Lelaki tertelan sudu, bedah perut keluar sudu, teoh ah lek,
TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.

Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.

Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Sumber : Hmetro

Gara-gara komen negatif di Facebook, di belasah 10 orang

Thursday, 8 November 2012 | comments


Gara-gara komen negatif di Facebook, di belasah 10 orang, teman facebook gangster,
KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi komen mengutuk pakaian teman maya di facebook (fb), seorang wanita bersama suami dan adiknya dibelasah lebih 10 orang bersenjatakan kayu dan parang dalam kejadian di Kepong Baru, di sini, Isnin lalu.

Kejadian ala samseng itu berlaku jam 12.30 tengah malam Isnin lalu, ketika mangsa yang mahu dikenali sebagai Lisa, 18, pertama kali berjumpa wanita itu yang tidak puas hati dengan komennya di fb.

“Saya mengenalinya melalui fb sejak setahun lalu dan kerap berbual di alam siber, namun tidak pernah berjumpa,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Lisa berkata, dia tidak menyangka rakannya di laman sembang sosial sejak setahun lalu itu dengan tiba-tiba terguris hati berhubung komennya yang mengutuk pakaiannya.

Lagipun, katanya, itu bukan pertama kali mereka bergurau seperti itu dan dia bersedia berjumpa apabila wanita berusia 30-an itu masih tidak puas hati biarpun dia beberapa kali meminta maaf.

Sumber : Hmetro

Hilang sebulan dah dapat bayi

Wednesday, 7 November 2012 | comments


Hilang sebulan dah dapat bayi, alahai cucu emak, remaja mengandung, remaja bakal spm mengandung,
ALOR GAJAH: Luluh hati seorang ibu apabila anak gadisnya yang hilang dari rumah awal Oktober lalu dan sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula kelmarin, sudah melahirkan seorang bayi perempuan ketika ditemui malam kelmarin.

Menurut sumber, pelajar berusia 17 tahun itu dilaporkan keluar dari rumah keluarganya, di sini bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah dan kehilangannya disedari sejurus ibunya pulang kira-kira jam 7 malam.

“Sejak hari kejadian, ibunya gagal menjejak gadis itu namun malam tadi (kelmarin) selepas kira-kira sebulan, wanita itu menerima panggilan telefon daripada remaja terbabit yang memberitahu dia berada di sebuah rumah sewa di Johor.

“Gadis itu juga memaklumkan sejak keluar dari rumah keluarganya, dia tinggal di rumah itu bersama teman lelakinya berusia 37 tahun yang dikenalinya melalui laman sosial di Internet,” katanya.

Menurutnya, keluarga gadis itu segera ke alamat diberikan namun sebaik tiba di situ, mereka terkejut apabila mendapati pelajar berkenaan sedang menggendong seorang bayi perempuan.

Sumber : Hmetro
 
Support : Web media TERBAIK.my
Copyright © 2012. Terbaik.my - All Rights Reserved
Published by Mas Template Sememangnya hanya yang TERBAIK!